Tuesday, November 30, 2010

RUKUN ISLAM

Rukun Islam bermaksud menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna. Rukun Islam ada lima perkara iaitu:-

1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
  • "Aku naik saksi bahawa tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruh-Nya."
  • Dengan melafazkan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH S.W.T. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruh-Nya.
2) MENGERJAKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
  • Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada-Nya. 
  • Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
3) MENGELUARKAN ZAKAT
  • Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
4) BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
  • Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada ALLAH S.W.T. 
  • Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala larangan-Nya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan didalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T.
5) MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
  • Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah ALLAH dengan menyalurkan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

No comments:

Post a Comment