Saturday, September 6, 2014

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Ilmu
Ilmu adalah pengetahuan yand memberikan manfaat kepada diri dan orang disekelilingnya. Ilmu yang baik memberi cahaya kepada orang yang pandai memanfaatkannya dan memberi cahaya kepada semua yang menyebarkannya.




Menuntut Ilmu
Manakala menuntut ilmu adalah suatu ibadah yang wajib kerana ALLAH SWT dan merupakan ciri-ciri pelajar soleh. Seorang pelajar yang baik mempunyai matlamat hidup yang jelas dan hala tuju yang betul atau mind set yang tepat. Seseorang yang tidak mengetahui keperluan ilmu sehinggalah dia mengetahui hakikat dan kelebihan ilmu itu sendiri.

Kelebihan Menuntut Ilmu
Justeru itu, kelebihan menuntut ilmu adalah seperti berikut:-

  1. Mendapat keredhaan ALLAH SWT.
  2. Diri dirahmati ALLAH SWT.
  3. Beroleh rezeki yang halal.
  4. Kedudukan orang yang berilmu adalah begitu tinggi di sisi ALLAH SWT.
  5. Dapat beribadat dengan khusyuk dan jelas.
  6. Dapat memanfaatkan diri, masyarakat dan umat.
  7. Diri semakin hampir dengan ALLH SWT.
  8. Mendapat kefahaman dalam urusan agamanya dan juga duniawinya.
Jihad Ilmu
Jihad dalam menuntut ilmu pula adalah merupakan segala usaha di fokuskan atau komited untuk menegakkan kalimah ALLAH SWT. Ilmu lebih penting daripada harta. Ilmu yang baik diamalkan akan beroleh harta kekayaan dengan adanya usaha berterusan tanpa putus asa. Ilmu akan semakin bertambah dengan menyebarkannya dan tidak kurang sedikit pun jika ia di sebarkan. Orang yang mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat akan beroleh kejayaan, manakala mereka yang menerima ilmu pengatahuan yang diajarkan akan menyebarkan pula kepada orang lain dan ianya akan berterusan. Kata lainnya, mengajar orang ilmu akan beroleh pahala, menerima ilmu orang yang bermanfaat dan mengamalkannya akan beroleh pahala juga, dan seterusnya. Ia adalah suaru yang berulang. Marilah kita menjadi orang yang berjaya

Mencintai Ilmu
Ilmu perlu dipelajari dan dicintai serta dituntut dalam agama. Dari sejak lahir hinggalah ke liang lahad, seseorang manusia itu dituntut untuk mencari ilmu dan mengamalkan ilmu yang memberi manfaat kepadanya. Jadi kenapa tidak ilmu itu dicintai kerana ia sangat dekat dengan segala aktiviti yang kita lakukan pada setiap hari. Ilmu hanya akan terputus selepas kita meninggal dunia. Manakala ilmu yang diamalkan oleh pelajar kita akan memberi cahaya kepada kita di akhirat kelak.

Surah Berkaitan Ilmu
Surah-surah yang berkaitan menyebut tentang darjat pengamal ilmu dan berkaitan pengetahuan ilmu:-
  1. Surah Al-Baqarah : Ayat 269.
  2. Surah Ali Imran: Ayat 18.
  3. Surah Al-Mujahadah: Ayat 11.
  4. Surah Al-Zumar: Ayat 9.
  5. Surah Al-Ra'd: Ayat 28.
Sumber:  Siti Nor, B.M., Zahazan, M., dan Mahfuzah, O. (2006). 101 Adab dan Petua Kecemerlangan Pelajar. Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment