(Ia bagi mengelakkan permasalahan lain yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat Islam).
1. SILA JUMPA DOKTOR PAKAR BERTAULIAH DAHULU
(Afdalnya 3x di berlainan tempat atau sampai puas hati). Jika selepas diagnosis mendalam doktor-doktor tersebut mendapati tiada penyakit jasmani dan rohani dilaporkan, barulah anda membuat keputusan berjumpa pengamal / perawat di Pusat Rawatan Islam.
(Misalnya; kelas penyakit menurut buku Dato’ Dr. Haron Din, terbahagi kepada 3 kelas iaitu; Penyakit Jasmani, Penyakit Rohani, dan Penyakit Akibat Sihir).
CONTOH: KETERANGAN DARUSIFFA MENGENAI JENIS RAWATAN PENYAKIT
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.
Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.
Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk sumber : http://www.darussyifa.org/jenisrawatan.php
2. KENALI PERBEZAAN ANTARA PUSAT RAWATAN ISLAM ATAU PUSAT PERUBATAN ISLAM DARI SUMBER TEPAT YANG SAHIH.
Juga hendaklah mendapatkan pandangan daripada pengalaman orang lain yang benar telah menerima rawatan di situ. JANGAN PERGI KE PUSAT RAWATAN ISLAM YANG TIDAK BERTAULIAH DAN TIDAK DI KENALI KEPASTIANNYA.
(Misalnya; http://www.darussyifa.org/ …………… ada alamat sahih dan cara tepat untuk di hubungi dan mereka menjadi pelopor kepada ILMU PERUBATAN ISLAM dan pentauliahan perawat Islam).
3. PASTIKAN BAHAWA ANDA SEMAK KESAHIHAN PUSAT RAWATAN DENGAN SSM ATAU KKM:-
- Adakah pusat rawatan Islam tersebut bertauliah (Fahami Konsep Perubatan Islam terlebih dahulu dan rujuk kepada sumber utama iaitu http://www.darussyifa.org/artikel/KonsepPerubatanIslam.PDF), atau
- Hanya syarikat persendirian di atas nama pengusaha sahaja (Pastikan kesahihan mereka agar anda tidak tertipu), atau
- Cawangan berdaftar yang telah di sahkan daripada persatuan-persatuan pusat rawatan Islam yang berdaftar secara jelas. (contohnya, http://www.darussyifa.org/)
- Kita mengetahui sejarah pengamal / perawat itu berguru yang betul,
- Mempelajari ilmu yang betul,
- Mengamalkan al-quran dan sunnah yang betul,
- Melihat perwatakan perawatnya mesti betul, dan
- Tiada unsur-unsur kearah yang tidak baik.
4. ANDA PERLU ADA AMALAN PENDINDING DIRI, KELUARGA DAN HARTA SEBELUM ANDA KE PUSAT PERAWATAN ISLAM……
Perawatan akan menjadi lebih mudah dan mustajab. Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
- Al-Muawwizat
- Ayatul Kursi
- Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
- Ayat Berkubu
- Ayat Penggerak
5. JAUHI ORANG YANG ANDA CURIGAI ….
Sumber : Program TV9 Safiyya: bertarikh 23 Feb 2014 = Ustaz Saharan – PASTIKAN KAEDAH PERAWATAN BETUL: ELAKKAN DARIPADA UNSUR-UNSUR SIHIR / PUKAU/ PENGGUNAAN KHADAM DLL. Perlu ada amalan diri asas dahulu (Seperti panduan 4.) dan bagi mengelakkan SIHIR/PUKAU amalkan baca Surah Hud : ayat 57 .
6. TIDAK DATANG KE PUSAT RAWATAN SEORANG DIRI. MESTI ADA MAHRAM ATAU AHLI KELUARGA BERSAMA BAGI SEBARANG AKTIVITI / PERJUMPAAN DENGAN PERAWAT.
Di nasihatkan tidak datang secara bersendirian atau bersama rakan taulan sahaja. Jika ingin pergi dengan rakan taulan, hendaklah rakan tersebut sama jantinanya supaya boleh menjadi teman semasa sesi perawatan dijalankan. (INGAT, LEBIH AFDAL AHLI KELUARGA). Contoh panduan: jika isteri sakit, suami ada bersama semasa perawatan. Jika anak sakit, ibu kandung atau ahli keluarga terdekat ada bersama semasa perawatan berlangsung setiap masa. Jika anda sakit dan ahli keluarga jauh, hendaklah rakan sejantina ada bersama yang benar semasa perawatan berlangsung setiap masa, iaitu mengetahui hukum hakam Islam). Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan bahaya dosa besar lain.
7. PUSAT RAWATAN ISLAM BUKANLAH TEMPAT SESUAI MENCARI JODOH atau masalah ketidak temuan jodoh.
Ingat, jodoh adalah hak Allah SWT. Jika inginkan jodoh yang baik, mintalah pada ALLAH SWT nescaya DIA akan menunjukkan jalannya. Jika ingin datang juga untuk mendapatkan pandangan, MESTI ADA MAHRAM ATAU AHLI KELUARGA BERSAMA (Seperti panduan 6.). Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan bahaya dosa besar lain.
8. INGATLAH, PERAWAT JUGA ADALAH MANUSIA BIASA YANG TIDAK DAPAT LARI DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN.
Jadi berhati-hatilah demi menjaga maruah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya. Jika telah terdapat laporan kes yang tidak baik, maka jauhilah pusat rawatan terbabit. Jika anda telah terkena atau terlibat dalam kes, jadi laporlah kepada pihak berkuasa seperti Polis, JAKIM, Persatuan naugan utama dan badan lain yang terlibat supaya boleh diambil tindakan tegas dan saluran yang tepat serta berhemah. Adab dan tatatertib Islam mesti di utamakan walau dalam apa jua keadaannya dan jauhi daripada tipu daya syaitan. SEBARANG MATLAMAT DIRI SENDIRI, TIDAK MENGHALALKAN CARA MEMPEROLEHINYA. SEMUA MESTI MENGIKUT SYARIAT ISLAM.
9. PASTIKAN ETIKA PERAWATAN ISLAM DAN HAD BATASAN DI PATUHI ANTARA PESAKIT DAN PERAWATNYA.
Jaga peradaban diri, ahli keluarga dan rakan anda semasa melalui proses perawatan. Sebarang persentuhan hendaklah di minimakan atau berlapik. Hak maruah pesakit di jaga dan tidak diabaikan auratnya walaupun semasa perawatan sedang berlangsung.
10. JAUHI DARIPADA PERAWAT YANG TIDAK IKHLAS MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA MASYARAKAT.
Ini sangat penting. Anda hendaklah memastikan bahawa diri anda tidak di belenggu oleh syaitan dan pemikiran yang melanggari syariat Islam dalam sebarang tindakan. Bataskan diri anda dengan mengikut syariat Islam sepenuhnya. Ini juga perlu di ikuti dengan keikhlasan para perawat dengan tanpa agenda terselindung lain, melainkan hanya untuk mendatangkan kesembuhan kepada pesakit. Keikhlasan akan mendatangkan kemujaraban dan mudah kesembuhan pesakit. Anda berdoa, perawat juga berdoa, dan insyaallah kesembuhan akan dipermudahkan dengan kehendak Allah SWT.
11. UBAT-UBATAN YANG DI TAWARKAN MESTILAH MENGIKUT SYARAK DAN HALAL TOYYIBAN
Memastikan ubatan yang di tawarkan adalah halal toyyiban. Bagi doa-doa amalan, anda hendaklah juga merujuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah serta guru-guru bertauliah yang dipercayai ilmunya jelas dan tepat, jika terdapat kesangsian di dalam doa-doa yang di berikan supaya mengelak kita terjebak ke lembah kesesatan akibat daripada ilmu yang tidak bersumber benar. Faktor penting bagi kemujaraban perubatan Islam adalah amalan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.
Wallahualam bissawab…… ini hanyalah sebagai panduan kepada semua.
KEYWORD SEARCH:
Perubatan Islam
Pusat Perubatan Islam
Pusat Rawatan Islam
Ubatan Islam
Doa Amalan
Panduan Sebelum Ke Pusat Rawatan Islam
Persiapan Diri, Keluarga dan Masyarakat Islam
Al-Quran dan As-Sunnah
Doa Amalan Pelinding Diri
Surah Amalan
Etika Perawatan Islam
Ubatan Mengikut Syarak dan Halal Toyyiban
Jumpa dulu doktor pakar bertauliah
Pengamal / Perawat Bertauliah
Semak dengan JAKIM
No comments:
Post a Comment