Friday, September 5, 2014

JENIS-JENIS INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA

Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)

Sistem pengajian tinggi dibentuk untuk memastikan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan terus dilakukan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.

Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif.  Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.

Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.

IPTA di Malaysia

Universiti Ciri-Ciri
Universiti Penyelidikan
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50
Universiti Komprehensif
  1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  3. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

• Pelbagai bidang pengajian
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 70:30
Universiti Berfokus
  1. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  5. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  7. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  10. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

• Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan
• Kemasukan yang kompetitif
• Pensyarah berkualiti
• Nisbah siswazah dengan pascasiswazah 50:50

Thursday, September 4, 2014

AMALAN PERUBATAN YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM

Pembedahan Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?
============================================================

Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya amalan jampi.

Amalan Jampi dalam perubatan

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)

Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:
  1. Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.
  2. Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.
  3. Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.
Jampi yang diharamkan

Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut
  • Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.
  • Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.
  • Menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung
Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.

Contoh amalan perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam
  • Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin Islam) dalam rawatan perubatan.
  • Pengamal menggunakan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum atau ramalan tapak tangan.
  • Pengamal mengaitkan suatu pengeras dengan suatu akibat.
  • Pengamal melakukan perkara syirik seperti sembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
  • Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.
  • Penggunakan menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah atau bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
  • Pengamal membaca ayat Al-Quran secara terbalik.
  • Pengamal memberikan syarat yang bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. (contoh: pesakit wanita perlu bersendirian dengan pengamal)
  • Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada Rasulullah dan Al-Quran tetapi tidak boleh membuktikannya.


Pembedahan Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?

Kebiasaanya dilakukan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, kelihatan warak serta menggunakan gelaran tertentu.
  Apa kata mereka?
  1. Mereka meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya menggantikan pembedahan moden bagi penyakit kornik seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit.
  2. Mereka meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat bius digunakan.
  3. Tempoh masa untuk sembuh adalah singkat.
  4. Mereka di beri mukjizat untuk menjalankan pembedahan batin, atau mereka tergolong dalam golongan orang yang menerima keistemewaan (karamah, maunah atau kasyaf).
Fakta sebenar
  1. Tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.
  2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa merawat.
  3. Pengguna ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini di samping bayaran yang tidak munasabah.
  4. Mukjizat adalah suatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah untuk para nabi dan rasulNya, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu,ia yang mesti ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka
  5. Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan dan dipertontonkan kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan kepada golongan yang taat kepadaNya.
  6. Maunah ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak wajar diperhebahkan.
  7. Kasyaf ialah penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah SWT dan mestilah tidak bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.
Renungan bersama…

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis:
“Tidak ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”
Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

Rujukan
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di:
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur. No.
Tel: 03-2698 5077
No. Faks: 03-2691 1259
Emel: tcm@moh.gov.my Laman Sesawang:
http://tcm.moh.gov.my Blog: http://tcm.moh.gov.my/blog
Semakan Akhir : 21 Julai 2011 Penulis : Mohd.Hadi Mohd.Zin

PANDUAN PERSEDIAAN DIRI DAN KELUARGA SEBELUM KE PUSAT PERUBATAN ISLAM

(Ia bagi mengelakkan permasalahan lain yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat Islam).

1.    SILA JUMPA DOKTOR PAKAR BERTAULIAH DAHULU

(Afdalnya 3x di berlainan tempat atau sampai puas hati). Jika selepas diagnosis mendalam doktor-doktor tersebut mendapati tiada penyakit jasmani dan rohani dilaporkan, barulah anda membuat keputusan berjumpa pengamal / perawat di Pusat Rawatan Islam.
(Misalnya; kelas penyakit menurut buku Dato’ Dr. Haron Din, terbahagi kepada 3 kelas iaitu; Penyakit Jasmani, Penyakit Rohani, dan Penyakit Akibat Sihir).

CONTOH: KETERANGAN DARUSIFFA MENGENAI JENIS RAWATAN PENYAKIT

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk sumber : http://www.darussyifa.org/jenisrawatan.php

2.    KENALI PERBEZAAN ANTARA PUSAT RAWATAN ISLAM ATAU PUSAT PERUBATAN ISLAM DARI SUMBER TEPAT YANG SAHIH.

Juga hendaklah mendapatkan pandangan daripada pengalaman orang lain yang benar telah menerima rawatan di situ. JANGAN PERGI KE PUSAT RAWATAN ISLAM YANG TIDAK BERTAULIAH DAN TIDAK DI KENALI KEPASTIANNYA.
(Misalnya; http://www.darussyifa.org/ …………… ada alamat sahih dan cara tepat untuk di hubungi dan mereka menjadi pelopor kepada ILMU PERUBATAN ISLAM dan pentauliahan perawat Islam).

3.    PASTIKAN BAHAWA ANDA SEMAK KESAHIHAN PUSAT RAWATAN DENGAN SSM ATAU KKM:-

  1. Adakah pusat rawatan Islam tersebut bertauliah (Fahami Konsep Perubatan Islam terlebih dahulu dan rujuk kepada sumber utama iaitu http://www.darussyifa.org/artikel/KonsepPerubatanIslam.PDF), atau
  2. Hanya syarikat persendirian di atas nama pengusaha sahaja (Pastikan kesahihan mereka agar anda tidak tertipu), atau
  3.  Cawangan berdaftar yang telah di sahkan daripada persatuan-persatuan pusat rawatan Islam yang berdaftar secara jelas. (contohnya, http://www.darussyifa.org/)
***Paling tepat  adalah:-
  • Kita mengetahui sejarah pengamal / perawat itu berguru yang betul,
  • Mempelajari ilmu yang betul,
  • Mengamalkan al-quran dan sunnah yang betul,
  • Melihat perwatakan perawatnya mesti betul, dan
  • Tiada unsur-unsur kearah yang tidak baik.

4.    ANDA PERLU ADA AMALAN PENDINDING DIRI, KELUARGA DAN HARTA SEBELUM ANDA KE PUSAT PERAWATAN ISLAM……

Perawatan akan menjadi lebih mudah dan mustajab. Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak
    ***Sumber: http://www.darussyifa.org/pertahanandiri2.php

5.    JAUHI ORANG YANG ANDA CURIGAI ….

Sumber : Program TV9 Safiyya: bertarikh 23 Feb 2014 = Ustaz Saharan – PASTIKAN KAEDAH PERAWATAN BETUL: ELAKKAN DARIPADA UNSUR-UNSUR SIHIR / PUKAU/ PENGGUNAAN KHADAM DLL. Perlu ada amalan diri asas dahulu (Seperti panduan 4.) dan bagi mengelakkan SIHIR/PUKAU amalkan baca Surah Hud : ayat 57 . 

6.    TIDAK DATANG KE PUSAT RAWATAN SEORANG DIRI. MESTI ADA MAHRAM ATAU AHLI KELUARGA BERSAMA BAGI SEBARANG AKTIVITI / PERJUMPAAN DENGAN PERAWAT.

Di nasihatkan tidak datang secara bersendirian atau bersama rakan taulan sahaja. Jika ingin pergi dengan rakan taulan, hendaklah rakan tersebut sama jantinanya supaya boleh menjadi teman semasa sesi perawatan dijalankan. (INGAT, LEBIH AFDAL AHLI KELUARGA). Contoh panduan: jika isteri sakit, suami ada bersama semasa perawatan. Jika anak sakit, ibu kandung atau ahli keluarga terdekat ada bersama semasa perawatan berlangsung setiap masa. Jika anda sakit dan ahli keluarga jauh, hendaklah rakan sejantina ada bersama yang benar semasa perawatan berlangsung setiap masa, iaitu mengetahui hukum hakam Islam). Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan bahaya dosa besar lain.

7.    PUSAT RAWATAN ISLAM BUKANLAH TEMPAT SESUAI MENCARI JODOH atau masalah ketidak temuan jodoh.

Ingat, jodoh adalah hak Allah SWT. Jika inginkan jodoh yang baik, mintalah pada ALLAH SWT nescaya DIA akan menunjukkan jalannya. Jika ingin datang juga untuk mendapatkan pandangan, MESTI ADA MAHRAM ATAU AHLI KELUARGA BERSAMA (Seperti panduan 6.). Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan bahaya dosa besar lain.

8.    INGATLAH, PERAWAT JUGA ADALAH MANUSIA BIASA YANG TIDAK DAPAT LARI DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN.

Jadi berhati-hatilah demi menjaga maruah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya. Jika telah terdapat laporan kes yang tidak baik, maka jauhilah pusat rawatan terbabit. Jika anda telah terkena atau terlibat dalam kes, jadi laporlah kepada pihak berkuasa seperti Polis, JAKIM, Persatuan naugan utama dan badan lain yang terlibat supaya boleh diambil tindakan tegas dan saluran yang tepat serta berhemah. Adab dan tatatertib Islam mesti di utamakan walau dalam apa jua keadaannya dan jauhi daripada tipu daya syaitan. SEBARANG MATLAMAT DIRI SENDIRI, TIDAK MENGHALALKAN CARA MEMPEROLEHINYA. SEMUA MESTI MENGIKUT SYARIAT ISLAM.

9.    PASTIKAN ETIKA PERAWATAN ISLAM DAN HAD BATASAN DI PATUHI ANTARA PESAKIT DAN PERAWATNYA.

Jaga peradaban diri, ahli keluarga dan rakan anda semasa melalui proses perawatan. Sebarang persentuhan hendaklah di minimakan atau berlapik. Hak maruah pesakit di jaga dan tidak diabaikan auratnya walaupun semasa perawatan sedang berlangsung.

10.    JAUHI DARIPADA PERAWAT YANG TIDAK IKHLAS MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA MASYARAKAT.

Ini sangat penting. Anda hendaklah memastikan bahawa diri anda tidak di belenggu oleh syaitan dan pemikiran yang melanggari syariat Islam dalam sebarang tindakan. Bataskan diri anda dengan mengikut syariat Islam sepenuhnya. Ini juga perlu di ikuti dengan keikhlasan para perawat dengan tanpa agenda terselindung lain, melainkan hanya untuk mendatangkan kesembuhan kepada pesakit. Keikhlasan akan mendatangkan kemujaraban dan mudah kesembuhan pesakit. Anda berdoa, perawat juga berdoa, dan insyaallah kesembuhan akan dipermudahkan dengan kehendak Allah SWT.

11.    UBAT-UBATAN YANG DI TAWARKAN MESTILAH MENGIKUT SYARAK DAN HALAL TOYYIBAN

Memastikan ubatan yang di tawarkan adalah halal toyyiban. Bagi doa-doa amalan, anda hendaklah juga merujuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah serta guru-guru bertauliah yang dipercayai ilmunya jelas dan tepat, jika terdapat kesangsian di dalam doa-doa yang di berikan supaya mengelak kita terjebak ke lembah kesesatan akibat daripada ilmu yang tidak bersumber benar. Faktor penting bagi kemujaraban perubatan Islam adalah amalan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

Wallahualam bissawab…… ini hanyalah sebagai panduan kepada semua.


KEYWORD SEARCH:

Perubatan Islam
Pusat Perubatan Islam
Pusat Rawatan Islam
Ubatan Islam
Doa Amalan
Panduan Sebelum Ke Pusat Rawatan Islam
Persiapan Diri, Keluarga dan Masyarakat Islam
Al-Quran dan As-Sunnah
Doa Amalan Pelinding Diri
Surah Amalan
Etika Perawatan Islam
Ubatan Mengikut Syarak dan Halal Toyyiban
Jumpa dulu doktor pakar bertauliah
Pengamal / Perawat Bertauliah
Semak dengan JAKIM

Wednesday, September 3, 2014

CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG


Pelajar adalah seorang yang mengabdikan diri kepada ilmu yang bermanfaat untuk meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang cemerlang dalam aspek akademik dan unggul dalam aspek keperibadiannya.

Pelajar cemerlang perlu mempunyai keperibadian unggul dan sahsiah mulia seperti berikut:-

  1. Menjadi penggerak kepada kesungguhan di dalam mengejar kejayaan dalam pelajaran dan ilmu pengetahuan.
  2. Gigih berusaha untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
  3. Mengamalkan kaedah pembelajaran yang betul dan berkesan
  4. Membuat usaha-usaha tambahan seperti menghadiri tusiyen dan kelas tambahan di sekolah.
  5. Gemar bertanya apabila menghadapi kesukaran dalam pelajaran.
  6. Patuh mengerjakan suruhan ALLAH SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
  7. Tidak putus-putus berdoa demi kesejahteraan dan atas segala usaha yang telah dilakukan dengan pengharapan yang berterusan (Istiqomah) untuk beroleh kejayaan cemerlang.
  8. Melaksanakan segala usaha dalam menuntut ilmu demi menongkah arus kejayaan.
  9. Menjadi contoh kepada pelajar lain dalam melakukan usaha dan kecekalan.
  10. Menjaga tutur kata dan baik dalam pergaulannya.

Seseorang pelajar itu cemerlang apabila beliau melaksanakan segala tanggungjawabnya atau menjaga hubungannya;

  1. Tanggungjawab terhadap ALLAH SWT dan Rasul-Nya.
  2. Tanggungjawab kepada Ibu bapa dan keluarganya.
  3. Tanggungjawab kepada guru-guru dan sekolahnya.
  4. Tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Seseorang pelajar itu cemerlang apabila beliau menjaga tertib seperti;

  1. Memelihara sembahyangnya.
  2. Taat kepada ibu bapa.
  3. Menghormati guru.
  4. Menjaga disiplin diri.
  5. Amat bersungguh-sungguh dalam pelajarannya dan tekun berusaha.
  6. Menyumbangkan kepandaian ke arah pembangunan agama, bangsa dan negara.

Seseorang pelajar cemerlang tidak boleh melakukan perkara-perkara culas seperti;

  1. Mencuaikan ibadat sembahyang.
  2. Melawan kata ibu bapa.
  3. Tidak menghormati guru-guru.
  4. Sering melanggar disiplin.
  5. Tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan sambil lewa.
  6. Menipu dengan menggunakan kepandaiannya untuk menambah harta kekayaan.

Seseorang pelajar cemerlang dan unggul perlu melakukan perkara berikut:-

  1. Menjadi pelajar terbaik dikalangan terbaik.
  2. Menjadi contoh kepada semua dalam segala aspek.
  3. Menjadi teraju dalam semua mata pelajaran.
  4. Menjadi terbaik dari segi disiplinnya.
  5. Menjadi terbaik dari segi akhlaknya.
  6. Menjadi terbaik dari segi keperibadiannya.
  7. Menjadi terbaik dari segi sumbangannya.
  8. Menjadi terbaik dalam semua ujian dan peperiksaannya.
  9. Menjadi terbaik dalam semua aktiviti kokurikular yang di ikutinya.
  10. Menjadi teraju dalam semua persatuan yang di hadirinya.

Kata kunci:
Pelajar Cemerlang, Mahasiswa Cemerlang, Muslim cemerlang, Individu Cemerlang, Kaedah Menjadi Cemerlang, Ciri-ciri Pelajar Cemerlang.

NOTA PANDUAN PENTING

Masa dan Ruang

The One God - The Creator of All Living Things
The Big Bang Theory - rapid expansion of matter, energy and gasses.
Theory of General Relativity - Albert Einstein (1915) -
Quantum Physics
Entire universe - the composition of dark matter, atoms and dark energy.
The Dark Space
The Galaxies
The Planets - Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto (dwarf planet).
The Sun -
The Night Sky
The Solar System
Commets and Collisions

Dunia Kita



Bumi Yang Hidup



Manusia




Persekitaran dan Masyarakat




SejarahUtama Yang Dilakarkan



Sains dan Perubatan




Teknologi dan Komunikasi








LEADERS QUOTES

"Everything should be made as simple as possible, but not simpler." - Albert Einstein (1879-1955)

Tuesday, November 30, 2010

RUKUN ISLAM

Rukun Islam bermaksud menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna. Rukun Islam ada lima perkara iaitu:-

1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
  • "Aku naik saksi bahawa tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruh-Nya."
  • Dengan melafazkan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH S.W.T. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruh-Nya.
2) MENGERJAKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
  • Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepada-Nya. 
  • Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
3) MENGELUARKAN ZAKAT
  • Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
4) BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
  • Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada ALLAH S.W.T. 
  • Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala larangan-Nya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan didalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T.
5) MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
  • Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah ALLAH dengan menyalurkan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.